Friday, September 30, 2011

bahasa jiwa bangsa.

hari ni hari jumaat. hari jumaat yang ni gua datang awal. gua datang awal macam gua ni seorang insan yang super bz. super banyak keje dan super segale bende. tapi tujuan entri gua yang ni bukan gua nk canang sane sini gua datang kerje awal hari ni. gua nk buke pekung didade gua yang gua ni punye masalah penyakit blur untuk menghantar email. pada dasarnya penyakit blur gua ni menyular x kene mase. dimane mane pon gua blur. masalah gua yang gua nk kongsi ni ialah cara penghantaran email yang gua kadang kadang keliru samada email tersebut perlu berpaksikan formal atau sekadar berbau-bau ''chill". dua hari lepas berlaku satu insiden dimane gua terlupa bawak pas pekerja gua. hal ini menyebabkan gua mengalami kesukaran untuk keluar masuk pejabat memandangkan perlu di"tumb print" ibu jari setiap pekerja selepas "di"touch" pas tersebut. begitulah konsep keluar masuk di pejabat gua ini. hal ini mendatangkan kerumitan pada gua dimana gua tidak boleh sesuka jiwa meminjam pas pekerja orang lain untuk keluar. oleh yang demikian, setiap kali berlaku situasi yang mana gua trpaksa keluar dari pintu office, gua di"eskot" kehulu ke hilir. ade juga terase semacam ade PA sndiri. terperasan gua buat beberapa minit pertama tapi sepantas halilintar gua menyedarkan diri yang gua ini hanyalah kuli. satu lagi hal yang terpaksa gua hadapi akibat kealpaan gua lupa membawa pas pekerja ialah bila mana pas pekerja juga berfungsi sebagai "punch card". dengan kata lain, waktu masuk dan pulang kerja akan diawasi dan direkod melalui sistem "tumb print" yang gua terangkan sebentar tadi. sistem ini akan merekod waktu terawal pekerja "tumb print" sebagai waktu masuk kerja dan waktu terakhir pekerja "tumb print" sebagai waktu pulang seseorang individu itu. hal ini dengan tak semena mena menjadi faktor gangguan rekod kedatangan gua yang pada awalnya bersih namun ekoran isu lupenya gua membawa pas pekerja pada hari kejadian, sistem gagal merekod waktu gua masuk dan pulang pada hari tersebut. atas nasihat akak office, gua perlu menghantar email pada seorang pekerja yang bertanggungjawab ke atas proses rekod kehadiran pekerja. email yang gua perlu rangka ialah untuk memaklumkan pada sipolan 1 hal pas pekerja gua dan memberitahu untuk merekodkan waktu datang pulang gua seperti biasa. secara jujurnya semasa gua berkira-kira untuk menghantar email berkenaan isu ini, gua mengambil masa hampir 20 minit untuk menulis email. ayat gua semacam serba x kena. perlu menggunakan bahasa omputih ke?melayu ke?itu pon boleh jadi persoalaan. boleh bace x tahap kebengapan gua ni. pada akhirnya gua merangka ayat berbahasakan melayu. memandangkan yang gua ni emailkan ni pekerja yang bertaraf bonda bonda bagi gua. itu pon gua mengambil masa dalam 10 minit untuk menekan butang send. selamat satu hal. datang lagi hal yang lebih kurang same pada arini dimana gua terpakse mewar-warkan pada seluruh pekerja dalam department gua mengenai salah sorang kakitangan gagal untuk menghadirkan diri ke pejabat ekoran keretanya yang rosak. pada awalnya gua dengan berlagak power membalas pesanan ringkasnya menyatakan "no biggie nnti nad bitau sume". send. cilake!butang send kt blackberry lapuk gua x pulak gua amek mase lame nk tekan butang send. ok fokus. gua kene merangka ayat lagi. pada awal minit, gua berkire-kire untuk menghantar email semacam ini.:

"untuk makluman, akibat dari kerosakan kereta sipolan 2 pada awal pagi tadi, sipolan 2 gagal menghadirkan diri ke pejabat pada pagi ini. segala kesulitan amatlah dikesali."

gua fikir. x best x best..lantas gua picit picit butang delete. gua cube lagi.

"korang!sipolan 2 x dapat datang arini kete die rosak so die kene anta g workshop.."

lg x best!delete delete..gua cube lagi.

"morning everybody!!!just want to inform sipolan's car broke down, so die x datang arini cozz die kene anta kete die g workshop. workshop plak bkk lmbt so paham paham je la kan..hehe..btw happy friday! :D"

pfftt!walaupun rangka email diatas bebetol gua jiwai sebagai gua yang asli, tetap x boleh pakai..jadi gua cube lg dengan lafaz bismillah..

Car Broke Down
tutut bin putput
sent: Fri 9?30/2011 8:01AM
To: ex Content and Regulation Department

As salam,

Sipolan 2 unable to come today due to the car broke down this morning.

thank you.

sent.nah!abes crite..tu pon susah ke..tapape betei! -_-"

gua gune ayat paling ringkas gua boleh rangke..maaf lah muet gua benten je.

Monday, September 26, 2011

"copy paste"

pagi ini pagi isnin. pagi isnin yang sepatutnya gua tak tercangak di depan monitor kerja. pagi isnin yang gua perlu ke sabak bernam. atas dasar keutamaan keluarga, gua memutuskan untuk tidak turut serta. rugi bebeno bebudak sk Tun dr Ismail, sabak bernam x dpt berkenalan dengan crew skmm yang sorang ni. bukan apa, minggu lepas minggu sengsare gua. minggu tenage gua dikerah tanpa kompromi. lu orang bayangkan, isnin gua dikerah membantu menguruskan seminar yang merupakan hadirin hadirat dari kalangan student universiti. bila mana gua sebut student universiti mind set gua otomatik berkata, student u skang ni bkn mcm student u time gua. mahu kerja senang dimintaknya gua slide-slide speaker untuk dibuat report. ewah nk ngelat xnk dengar presentation letew!dibaginya goddie bag warne kuning tak mahu, nk yang warne pink. banyak songeh betei. ari khamis plak gua dirayu untuk mengimarahkan jemaah school attack. make berangkat lah kami ke sk meru klang. penat bercampur gembira la jugak. mahu tidak, muke gua kene conteng dengan water color. gua rase bagai ditatang minyak yang penuh tatkale gua dapat tau muke gua bakal di"water color"kan. gembire x terperi! jumaat pagi gua kene beraksi seakan power puff girl bile mane kami kesuntukan mase untuk mem"packing" goddie bag utk bubudak sabak bernam plak. petangnye plak gua kene menghadiri sebuah rumah terbuka yang dikelolakan oleh media prima. yang mana para retis bersusun beratur sebaris dengan gua untuk mengambil makanan. malam jumaatnye plak gua dan family trs shoot ke sg petani kedah. begitulah sedikit sebanyak kesengsaraan gua.

pagi isnin yang ni regular saje bg kuli mcm gua. sarapan, lalu mengadap pc. gua enak berdiskusi bersame member gua pasal isu konvo gua yang lebih kurang sebulan lg je. dengan tidak semena mena gua naik berang. andai gua turut rase berang gua mahu gua tumbuk skrin monitor di depan gua ni. jadah ape dalam jadual ambik jubah konvo 21 okt tu hari selase tp 22 23 okt time konvo tu sabtu dan ahad?kuiz teka silang kata spesis ape ni menguji name name hari plak dlm jadual konvo gua ni. ah gua x ambil pusing. makin dilayan dengan penyakit virus typo yang menyular laju bagi setiap pengguna key board, makin tertekan gua dibuatnya. gua ini orangnya tak selalu up to date mengenai hal yang semacam ini. hal hal konvo ni. selalunye kawan gua, mia yang rajin meng-up-to-date-kannya utk gua. untuk semua sebenarnya. biasa gua ni bz mengalahkan PM malaysia. mujurlah ade die. mahu x konvo gua dibuatnye kalau gua x berkawan dengan orang yg semacam dia.

memandangkan gua ni jenisnya bijak IT tahap darjah tiga, gua dengan powernye memutuskan utk membuka tab baru. tab blog gua. ramai jugak yg meninggalkan kate kate penuh motivasi kt chat box gua. anonymous blaka. cilake ape depa stalk blog gua. sumenye berspeaking. faham ke depa ni ape yang gua carutkan?ah peduli. bangge jugek blog gua dibace orang. bodoh bodoh pon ye dok. ok gua mule blushing..;') selesai blushing gua ke dashboard. nah salah satu blog yang gua follow ade entri baru! dengan nafsu serakah yang berlevelkan 2 suku, gua bukak link yang dikatakan. gua layan, gua baca. sebaris kalimahnya gua terkesan. lalu gua pon menjalankan misi "copy paste" gua yang gua sudah master.

"..Jika aku diberi peluang menjadi orang tua, maka aku berdoa agar tidak mahu menjadi orang tua yang menunjuk pandai kepada orang muda.."

gua petik dari blog milik zaharil adzim. kalimah ini dpt gua gambarkan ape yang sedang berada di kepale hotak gua skang ni. yg tua dgn egonya, yg muda dengan poyonya. gua malas sembang panjang. renung-renungkan..

ape ni punye panjang gua pung pang pung pang 1 baris ayat je gua nk cite senanye..puii!

Tuesday, September 20, 2011

kalau.

pagi tadi gua bangun. bile gua bangun bende pertame menari nari dalam otak sempit gua ni ialah satu name. name hari yang normalnye tercipte pade selepas ari isnin. namenye ari slase. arini ari selase. itu tak pelik. itu bende normal bagi gua yang merupekan seorang pekerja yang x berwawasan dimane tabiat gua menghitung hari cuti. tau dek bos gua skang jugak die batalkan kontrak gua yang gua sain selame setahun ni. abes rancangan facial treatment yang gua plan-plan dgn kakak gua tu terbatal. yelah kt mane plak gua nk cekau duit buat facial treatment tu pulak kalau gua tak ber"income"?haa nmpk x sangkut paut die?

ok tu x penting. yang gua nak berdiskusi untuk entri kali ini ialah perkataan kalau. kalau ni sgt subjektif orang kate. x boleh ramal. boleh jadi jadi, boleh jadi x jadi. entri kali ini berkisar mengenai kalau. sume berpaksikan kalau. kalau nk bace sile lah.

kalau gua kaye raye msti gua tgh goyang kaki kt rumah, tak la gua goyang kaki kt office cane gua buat skang ni.



kalau jodoh gua dengan abam botak nescaye keselamatan gua dan keluarge gua terjejas. almaklum lah ramai dengki.


kalau solahuddin lakonan remmy ishak tu syok kt gua, gua suruh die cerahkan sikit celak yang dipakainye time cite tahajjud cinta. pekat bebeno. takut gua tgk.


kalau malik karakter samseng tp suci lakonan aaron aziz tu ade hati kt gua, ari2 gua suruh die g pasar beli sayur. dlm cite kl gangster tu jelas terpancar keserasian die kerje jual sayur kt pasar borong selayang.


kalau bam bil terserempak dgn gua dan mule mengayat gua, gerenti gua cair. x caye lu boleh dtg jumpe gua skang bam bil.


kalau gua jenis ber-energetik tinggi dan power, gua mesti joint member2 bile depa ajak gua futsal tiap-tiap malam. tade la diorg bahan gua pemalas, gugurl xleh peluh dan seangkatan dengannye.


kalau gua x jadi pengapit sedare gua itu hari, tade la gua terkinje2 menahan malu kt atas pentas time beraksi sebagai pengapit paling loser.


TAPI!

kalau gua x jadi pengapit sedare gua itu hari tade la gamba ni..hewhewhew..kau ado? :8)





ye tau gua pendek..xkn nk kasi tinggi dari pengantin pulok ye dok..-_-

Thursday, September 15, 2011

dengan harapan ade yang paham.

ok memandangkan entri gua yang bertarikh 14 september lalu mendapat impak yang pedih, sedih dan awan yang terpilu dari kenalan gua. dan secara tak langsung ia seakan meniupkan gosip gosip liar bahawa gua sedang bercinta yang mana secara x langsungnya juga akan menjejaskan reputasi susila gua, gua dengan ini memutuskan untuk membuat pengakuan. entri gua yang lepas merupakan satu entri yang mengikut ngikut jiwa saja. dusta dan palsu semata. cinta gua terhadap abam botak merupakan satu perkara yang mustahil. masakan dia untuk gua. gua ni pipit saja. haa sekarang gua gerenti yang benci gua sudah perlahan-lahan memperlahankan asahan parang mereka. yang mana sibuk berbincang untuk berkrompomi membunuh gua secara profesional pasti sesaat lepas telah membubarkan rancangan c*laka mereka. yang mana dahulunya diikhtiraf sebagai pendengki pendengki gua kini pasti sedang mengambil langkah menjadi best friend forever gua. dan yang mana tak faham entri gua yang sebelum ni pasti kini tak semena mena paham dengan entri gua yang ini dan terus setuju 13 ribu peratus.

tapi gua nk tekankan gambar yang gua sekalikan itu bukan edit, photoshop, smart shop atau apa apa shop. gambar asli! gua jumpe die time school attack kt melake ari tu. gua x tipu. haa skang lu orang faham kn kenape gua susah nk lepaskan die?kenape jiwa gua meronta2 untuk menjadi fasha sandha walaupun untuk setengah episod bersame die dalam cerite cinta alesya.

dek tindakbalas yang super negatif yang gua terime setelah gua postkan enri gua sebelum ni, dek semangat setia kawan yang jitu dan dek sifat tolak ansur gua yang power terhadap rakan rakan yang sudah mula memusuhi gua hanya kerana seorang insan yang popular dengan name abam botak, gua memutuskan untuk membuat tindakan drastik. tindakan dan keputusan gua yang ini gua harapkan musuh musuh gua bertukar fikiran lalu menjadi bff gua dan menghulurkan doa ikhlas supaya tindakan gua ini berbaloi. lu orang sume mesti nk tau ape tindakan gua kan?

setelah gua berfikir panjang, semakin lame gua menetap dikantor gua skang, semakin terdedah la gua dengan kancah school attack ni. dan x semena-mena gua secara otomatiknya mempunyai posibiliti untuk berhadapan dengan dugaan dimana gua bakal bertemu dengan para retis yang tumbuh bagaikan cendawan. dan mengikut teori gua, posibiliti gua untuk bertemu dengan kekasih hati x bersambut gua ni agak tinggi. mungkin x setinggi akak office gua yang gilakan kasut tumit tinggi, tapi posibilitinya tetap ada. dan demi sahabat sahabat gua yang berbulu sama gua, gua rasa ada eloknya gua mula meng'apply" kerja di kantor lain. ya gua sudah menghantar resume berbekalkan doa murah rezeki yang gua amalkan setiap hari kepada sahabat gua yang beria-ria mahu gua sekerja dengannya. dengan niat murni gua ini gua harapkan resume gua laku. dan harapan gua tidak ada lagi perselisihan faham antara gua dan teman teman seperjuangan merebut cinta abam botak yang kite dok rebut rebut tu. pernah jugek terlintas dalam otak gua yang makin berkarat dengan ilmu hr ni, dah kalau digandingkan bersama aktress hot sensasi dan penuh ilmu gode didadenye itu, masakan si abam botak yang kite dok tergile gile tu x cair. nk dibandingkan kite yang hanye...takde ape ape. terimelah kenyataan kawan kawan, abam botak bukan untuk kite.T.T

say babai to abam botak..

Wednesday, September 14, 2011

kisah cinta gua. lu orang ape taw?

setelah sepertiga malam gua bertafakur akhirnya benak gua melahirkan idea yang x berape nak bernas la untuk dikelolakan ke atas entri gua untuk sekian kalinye. ah gua x ambil kira kalau entri gua yang ini bakal mengundang kebencian sama lu orang. gua dapat hidu hidu bau benci lu orang sejurus selepas lu orang bace entri gua yang ini. itu pun kalau ade yang bace lah. tp gua tetap dengan nawaitu gua. gua x ambil pusing. yang gua utamakan hati perasaan gua. hati perasaan lu orang gua peduli apa?soal jodoh gua yang gua nk bising kan. bukan pasal lu orang?lu orang dengki?pedulik!


ape yang gua nk tekankan kt sini, gua da tangkap cintan. ye gua tau mungkin statement brani mati gua ni bakal mencetuskan revolusi seantare dunia. yang paling gua terharu tu cinta gua berbalas. ye berbalas! mungkin nyawa gua bagai telur dihujung tanduk waktu ini. mungkin juga musuh musuh gua yang seselera gua sedang mengasah ngasah parang tunggu masa untuk ambil langkah. ada juga mungkin sedang berkompromi merancang membunuh gua secara profesional. ah gua x ambil pusing. kasi gua mati dulu baru gua senyap. haa tengok gua da mule petik ayat pujangga gangster untuk menggambarkan padu mautnye cinta mati gua. ye cinta mati gua. lu orang nk maki gua, nk hamun gua, gua x ambil kira. Hati mati macam gua ni bukan senang orang nk jentikkan rase cinta. die saje yang berjaye setakat ni.ye die saje! peh bukan main ayat gua. ini lah bahanenye bermain dengan cinta. argh gua bebetol sudah jatuh cinta. ok bagi meredakan suasana tegang yang mungkin bakal terlahir oleh pendengki pendengki gua, gu hiburkan lu orang dengan antare detik bahagie kami. kasi lu orang tatap waktu mesre kami. semoga lu orang tambah berapi.









terpancar x keserasian kami..:8)






faktor utama gua buat entri ini selepas layan cinta alesya semalam..c*lake die boleh buat perkare comel dimane mengenakan baju sponge bob time scene ketuk pintu bagai nk roboh..gua terpaut kot!


Thursday, September 8, 2011

"yang peluk peluk tu.."

selami kate kate pedas yang bakal menyentap hati gua, hati para muslimah yang berhijab kerana Allah, dan mungkin juga bakal dapat persetujuan oleh segelintir golongan wanite.

"ko bertudung tapi ko berpeluk kt tmpt org ramai..baik ko x yh pkai tudung ko tu..hehehe hehehe.."

bukan dari gua, tapi dari golongan yang sejantina gua. samade ini orang secare sengaje atau tidak, die telah hine yang bergolongan hijab. ok jujur gua x sedap mendiskriminasi jenis wanita berhijab dengan yang tidak. majoriti sudah punya akal boleh fikir sendiri. malas mahu sembang panjang pasal isu yang gerenti mengundang benci lah kalau dibincang dengan salah orang. gua bukan nk kumpul enemy. tak mahu gua pusing kepala kelahi pasal isu yang terang terang sudah tahu hukumnya. nota tambah, gua mengaku gua cetek ilmu pasal ni. pasal banyak perkara mungkin. gua memang takde masalah pade yang tidak berhijab, hak individu. gua letak hormat gua pada mereka disitu. gua setuju, ada betulnya statement diatas. diakui dengan susulan pengalaman dan observasi (observe di melayukan, nampak x power bahase gua haha) selame mane gua tarik oksigen hembus carbon milik tuhan ni. memang ade yang semacam ini. memang ade. sampai gua x sampai hati nk kongsi pengalaman yang hakikatnye menghine seagame kite. gua tolak tepi. bukan gua kalau nk kutuk dan caci. dalam kejahilan gua susun doa supaye gua bukan dikalangan ini. dengan harapan gua mohon yang semacam ini diberi petunjuk la. macamane gua mintak hari2 gua diberi petunjuk jugek. memang gua sedih. gua nk sangkal pendapat minah ni uga sndiri penah berdepan dengan situasi cani. kenyataan minah memang tepat. memang jitu. tak kan ade sangkalan. gua dengan bengkeknye pade mule bersetuju dengan kenyataan minah sambil menyumpah si petudung yang berpelukan sepertimane minah ni dakwe. tapi tibe tibe satu pandangan terlintas dalam benak gua yang kadang kadang je berfungsi dengan bernas. gua tertanye2, kenape kalau yang negatif negatif lu orang kemain point out. lu orang hight light kaw kaw. lu orang kasi kecoh satu dunie. segenap pelusuk. seantero dunia. canangkan pada seluruh makhluk bumi. x cukup tu lu orang kepoh satu alam semesta. kalau boleh smpai ke pluto nuuun. lu orang sedar x yang lu orang kepohkan tu, kecohkan tu, canangkan tu budak seagame lu orang jugek. ok mungkin minah nk point out x semue yang berhijab tu baik. ok tu pon gua setuju. tp care pendekatan lu orang nk meng"point out" kan point lu orang tu secare tersiratnye macam lu orang pijak agame sendiri. sape yang gelak, kapir kapir jugak. syaiton syaiton jugak yang baru baru ni habis cuti pasai kene rantai time bulan puase. kenape lu orang x nmpk modus operandi berhijab tu?nape lu orang x terdetik nape wujudnye hukum berhijab tu?nape lu orang x kecoh kecoh kemuliaan berhijab tu macane lu orang kecohkan budak bertudung tp berpeluk peluk? sape aja lu orang tgk cons nye?tade sape aja lu orang tgk "pro"nye ke?meh sini gua nk share. tp dalam bahase ongputih la ye pasal ape gua amek dr orang je ni. jgn risau la jenis power bi cm lu orang msti faham punye. gua yang bodoh ni pon boleh faham. ha bace ni.

Non-Muslim guy asked a Muslim guy;
"Why do your females cover up their body and hair?"
The Muslim guy smiled and took out 2 sweets, he opened 1 and kept the other 1 wrapped. He threw them both on the dusty floor and asked the non-Muslim;
"Now if I ask you to take 1 of these sweets, which 1 will you choose?"
The non-Muslim replied;
"Of course the covered 1".
The Muslim guy said;
" That's how we see and respect our women"

da habes bace?boleh faham kn?alah simple english je xkn x paham ye dok?

firasat gua menyatekan perenggan di atas tidak 100% dapat menyangkal statement power minah ni bg. statemenet minah ni mmg kebabom. yang bergolongan ustaz ustaz dan seangkatan dengan mereka je boleh titik minah ni. orang cm gua memang x layak. almaklum la ilmu kurang didade. tp renung renungkan lah. yang lu orang dengkikan tu, bencikan tu seagame kite. tgk depa peluk2 centu kalau xnk dpt pahale tegur pon jgn la tambah dose mengate ye dok.

jangan rase benci, gua cume nk kongsi...haa power x pantun?

Wednesday, September 7, 2011

demokrasi tu hape?

ok entri kali ni agak sirius. agak menjurus kepade duniawi seketika. gua petik bende ni dekat google. macam biase lah standard sources student macam gua kt mane lagi ye dok.

ape itu demokrasi?

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.

sumber, google. salah terjemahan ni salahkan google. jangan salahkan gua. ok, gua baru lepas selak selak fail aduan tahun 2010. majoriti buat aduan berdasarkan gangguan laman sosial. fake account, hack account macam macam la. syok plak gua bace. silelah berhati-hati dalam penggunaan facebook atau mamane laman sosial lain. kakadang laman sosial yang syok dan melalaikan ni mampu merubah menjadi laman sooooooS*AL. bayangkan sajelah kalau lu orang punye facebook account kene hack. atau korang terlibat dalam fake account punye kancah. kalau takat kene hack post "saye budak hensem" atau "saye x puase arini" gua rase tu masih di tahap gurauan kengkawan yang paling paling dapat maki. ni gua cakap hack yang sirius sirius. fitnah lu orang macam2. reputasi korang boleh jatuh ke tangge negatif 70 dan ke bawah la senang cite. fikir fikir kan lah ye bile nk post macam2. bile nk upload gambo. berpade pade lah. bia orang cakap "lembabnye lu nk post pon kene pk berjam jam depan pc" janji ape yang kite bakal post tu x mengundang nestape sekelian makhluk tuhan yang berkaitan. ok gua sambung, gua selak lagi aduan demi aduan. masih berkisar tentang gangguan seksual telefon, fake account, account di'hack' dan seantaro dengannye. selak lagi selak lagi gua tertarik pade satu aduan. aduan yang berunsur sedikit sirius. korang ingat lg x budak kene tembak mati dek polis tu. tahun 2010 punye kes. yang tade lesen bawak kete. igt x? spekulasi gua mungkin polis tu x sengaje. yelah mungkin die aim tayar kete tu supaye pancit dan secare automatiknyr terberentilah kete tu makenye. mungkin polis tu tak tau pon pemandu itu adelah seorang budak. mungkin polis tu ingat penjenayah betul. bende ni sume tak leh bace. da jadi mungkin la boleh tau sebab musabab die. time tengah jadi tu mane la kite agak kan. mungkin ade yang akan cakap "cakap senang laa..da ajal da ajal..cube kene kt anak lu?kene kat sedare mare lu?" haa..tp gua tetap dengan pandangan gua yang satu tu. ajal da ditetapkan. cume care dan bile tu kerje DIA. yang gua nk cite ni ape kaitan kes ni dgn aduan yang gua belek belek tadi. adelah insan yang prihatin pasal kes ni buat ape ke fan page ea?yang artis dok buat tu. tapi die buat pasal x puas ati la dengan nasib malang menimpe arwah ni. tp fan page ni diblock sbb katenye ade sifat sifat hasutan dan hine pihak polis. gua ni bab bab ni gua cetek ilmu sket. kalau da menjurus ke arah yang agak agak cm politik gua surender awal awal. ilmu pengetahuan politik gua memang kene repeat 17 kali. mungkin lebih. tp la kan, secare peribadinye gua beranggapan, kalau medium yang semacam ini pon ditapis, dicontrol atau senang cite dipegang oleh pihak berkenaan, kat mane sepatutnye dipraktikkan konsep demokrasi tu?pade siape suare rakyat nak disalurkan?mungkin rakyat ni macam macam lapisannye. ade yang profesionalnye tahap angkase, ade yang lebih menggunekan nafsu marah daripade akal, tp bg yang dah sah sah profesional dan berpendidikan tinggi melangit smpai ke tahap gayat yang boleh mati ni ptt tau la cane nk handle kes semacam ini ye dok. gua rase mengontrol segale macam dengan menggunekan power di tangan itu hakikatnye tidaklah begitu power.

ni pendapat budak bodoh macam gua je..pendapat ahli majistret yang ilmu sarat didade tu gua tatau.. kalau nk kongsi sile sile..