Tuesday, June 19, 2012

dua jenis.

jadi tadi aku baru lepas ambil wudhuk kt toilet. pasal surau dalam office ni xde tmpt ambil wudhuk, makanya kami berbondong-bondong pergi ke toilet yang akan melalui 2 pintu utk ke destinasi. ah, sembang banyak pasal laluan ke toilet ni bukan misi utama entry blog aku untuk kali ini.

ok, aku cerita kejadian yang aku fikir agak ironik la untuk hari ni. waktu aku ke toilet untuk ambil wudhuk,  dilaluan pintu kedua, terjadi sesuatu ke atas diriku. aku hampir dipeluk oleh seorang pakcik yang real pakcik yang dari arah bertentangan pintu tu. faham?x faham?xpe.

perkara ini terjadi disebabkan kerakusan aku membuka pintu dengan menolak menggunakan seluruh badan manakala pakcik yang dari arah bertentangan pulak membuka pintu dengan tidak semena-mena membuatkan tubuh aku hampir jatuh ke dalam pelukannya. euw bukan?jadi untuk mengelakkan dari merasa awkward, (walaupun aku rasa dah awkward habis) aku jalan terus x toleh ke belakang. namun pakcik itu tetap mengeluarkan bunyi terkejut dan masih menoleh untuk melihat riak wajahku (mungkin). dan apabila berjaya, beliau menghasilkan satu dialog yang ala-ala geli. "terkejut abang.." nah!aku termuntah. ok tipu. -.-

dan selepas aku selesai mengambil wudhuk, aku terus ke arah yang sama untuk masuk ke dalam office. ye kan aku dah kata td, surau kami di dalam office. faham? jadinya aku keluar ke pintu kedua utk menuju ke pintu pertama yakni laluan ke office kami.  nah! bukak je pintu kedua, aku terlihat kelibat jejaka (muda belia) yang boleh tahan. dia sepertinya kelihatan termangu2 untuk menuju ke pintu lif kerana untuk ke sana memerlukan pas. aku pun x tau macam mana die boleh tersesat masuk dalam tu smpai x boleh keluar. nk ditanya malu. al maklumlah, aku ni kalau jumpa spesis muka ada gred ni syndrom bisu menjadi-jadi. maka, nk dijadikan cerita, die meminta tolong untuk menggunakan pas aku. jadi aku dgn senang hatinya membantu.

the prob is......


die membahasakan diriku......

"akak, boleh tolong kak?"


what the??aku mungkin sebaya adikmu kot. -.-"

Friday, June 15, 2012

broadcast message.

hello?

so like the other normal day, today i come to the office with a bright smile. yeah the super dupper bright one smpai pi bli breakfast pon (even terkedek-kedek) i still can smile. why terkedek-kedek?i'll tell u hehe.

jadi hari ini aku memakai kain yang agak sempit dibawah. mohon perjelaskan bukan kain sempit yang sendat melekat ketat ye. kain sempit ini bermaksud kain yang bukan lipat tepi tapi lipat tengah. bagi para wanita mungkin faham. die lipat kat tengah. ade orang buat belah tp kite x rasa fungsinye pakai baju kurung kain belah jd ade spesis kain yg lipat tengah. jadi ye cukup lah penjelasan fesyen kain apa aku pakai.

yang aku nk stresskan ni kain tu sempit maka setiap langkah ku terkesan. aku harus jalan dengan langkah yang lebih kecil. ok puitis sungguh susun bahasa aku relaks skek pliss.

jadinya selepas aku mengutarakan keluh kesah aku dlm laman twitter ramai pulak yang rep. disuruhnya koyak la kain itu. (gurau) dikatanya aku bakal menjadi ala-ala itik lah dgn bunyian "quack-quack" menyusuli rep tweet. dikatanya aku sudah gemuk la yang mana itu suma khayalan. aku x gemuk hokeng. macam-macam. jadi satu persoalan terpacul di benak. bolehkah "kain sempit" dijadikan sebagai trending utk hari ni? (kahkah!)

ok enough bout kain sempit. and just now, i received this broadcast msg. in english. so malas nk type balik so aku cite dgn translasi bm memandangkan bg aku agak penting la bg para-para wanita.
                               
                                  #############################################
kejadian di the curve.

seorang wanita pergi ke toilet untuk melepas hajat. secara normalnya pasti akan menyangkutkan handbag di pintu belakang toilet kan utk memudahkannya melepas hajat. jadinya wanita berkenaan berbuat benda yang sama. sedang asyik wanita itu melepas hajat, x semena-mena, sepasang tangan dari atas pintu menyentap handbag yg pada asalnya disangkut di belakang pintu toilet tu dan melarikan handbag tersebut. lalu dengan terkejut dan kelam kabut dan tergopoh-gopohnya mengenakan seluar atau kain atau apa-apa yg beliau sedang pakai waktu itu, beliau keluar dan membuat laporan pada security the curve. lepas tu selang beberapa hari mungkin, wanita itu mendapat panggilan (mungkin melalui telefon rumah atau apa tatau) yang security the curve telah menjumpai handbag beliau tanpa purse di dalamnya dan memintanya utk ke tempat kejadian utk mengambil barang2 yang lain. jadinya setelah diset waktu dan hari, wanita malang itu pergilah the curve utk menuntut kembali barang2nya itu. namun setelah smpai disitu, security dan seluruh department security menafikan yang mereka ada membuat panggilan yang mengatakan handbag itu sudah ditemui dan meminta wanita itu datang. bahkan kes itu masih dalam proses penyiasatan. siapa yang telefon wanita itu haa itu misteri. jadi setelah wanita itu pulang ke rumah, wanita itu mendapati rumahnya dimasuki orang dengan tiada kesan pecah masuk. barang-barang rumah sume diambil. nah! ini bermakna ada orang telah memasuki rumah beliau dan orang itu memiliki kunci rumah beliau!wanita itu terus membuat laporan polis. polis mengesyaki yang mengambil handbag wanita itu membuat panggilan palsu dan bile wanita tu pergi ke the curve setelah ditipu, mereka memulakan operasi cilaka mereka dgn merompak rumah wanita itu plak. dengan menggunakan alamat pada ic dan kunci rumah yang terdapat dalam handbag tu la syaitan2 ni melakukan operasi yang menjuruskan mereka ke neraka jahanam.

siapa sangka?

babi sungguh!