dipagi jumaat yang happiness ni, gua dengan murah hatinye kepingin sekali ingin berkongsi seberapa tips yang gua amalkan. tips yang kadang menjadi dan kadang tidak ni gua reka sndiri. bahan ujikajinya, gua sendiri. so, andai kate lah lu orang gatal nk try kalau jadi pape yang tak diingini lu orang tanggung sendiri ok. peace!
1.0 situasi dalam keadaan tidak formal;
tips 1.1 : bile sedang mengadakan adegan berborak diantare spesis hawa, nada suara perlu lembut, susila dan sewaktu dengannya bagi mengelakkan diri dari dicop kongaja atau kerek atau seangkatan dengannya yang bile sudah dicop, kite rase nk maki orang je. teori ini lebih afdal dipraktikkan dengan orang yang baru kite kenal.
tips 1.2 : bile dengan spesis adam pule, tahap kelembutan perlu diselaraskan untuk memaintainkan tahap kesopanan kite pada mata yang berkenaan. namun berpada-padalah takut nanti dicop berlakon pula.
tips 1.3 : jika berada di kalangan kaum hawa dan kaum adam dan sedang berkomunikasi dengan si adam, jangan lah hendaknye lembut-lembut sgt takut nanti dicop gedik oleh si hawe. almaklum laaa kakadang yang namenye pompuan ni dengki x tentu pasal.
2.0 jika berada di cafe office ;
tips 2.1: jika anda seorang pemalu seperti saya meskipun sudah bekerja selama lebih 6 bulan di tempat kerja, turun lah ke cafe pada awal pagi sekitar jam 8 am kerana tidak ramai orang dan ambil lah seberapa banyak makanan yang terhidang tanpa segan silu.
tips 2.2 : sediakan wang kecil seperti not 5 ringgit lah paling besar pon supaya tidak kecewa dikemudian hari bila mana acik cafe tu gagal menerima wang kita ekoran situasi dimana acik tu tak punya wang untuk dijadikan sebagai belen. x pasal pasal kite kene berutang dengan acik tu.
tips 2.3 : jika anda sedang beratur di belakang salah sorang pekerja yang anda kenal, dan pada ketika itu si polan tidak punya wang kecil untuk diberi pada acik cafe yang ketandusan wang kecil jugak, bantulah mereka dengan mengatakan "emm tape la sy bayarkan dulu". bantuan ini bagi mengurangkan situasi sesak dan jammed kerana para pekerja lain sedang menyinga di belakang anda sedang kelaparan. setakat 3 4 ringgit tu nk bayarkan dulu xde hal kot. dan pasanglah harapan supaya mereka tidak lupa. dan jika mereka lupa, halalkan sajalah..(yang ni gua da kene banyak kali jugak la..cb betei acik cafe tu)
tips 2.4 : sekiranya kita ke cafe dalam keadaan sudah ramai orang, jangan praktikkan kesopanan anda. anda perlu lebih bersifat agresif dan menyuarakan hak anda sebagai pelanggan dengan lantang. jika tidak, anda gagal mendapatkan teh tarik kurang manis bungkus ikat tepi pada satu jangkamasa yang cepat. ini kerana pada waktu pagi, para pekerja lebih bersikap ganas dan agresif kerana sedang lapar.
3.0 semasa berada di depan pc ;
tips 3.1 : buka seberapa banyak tab dan taskbar di paparan skrin pc anda. namun jangan la bukak banyak sgt tab tu dikhuatiri jammed pule pc anda langsung xley gune. fungsi taskbar yang banyak ialah bila mana bos lalu di belakang anda, akan tersingkap la first impression beliau bahawasanya anda sedang bekerja dengan penuh dedikasi. fungsi tab pula ialah untuk memudahkan anda mengintai ngintai akaun facebook, twitter, email yahoo atau laman sesawang mudah.com.
tips 3.2 : melakukan latihan menukar tab facebook ke taskbar word sebanyak 48 kali sehari untuk memperolehi kebolehan tersebut pada jangka waktu yang pantas. namun jika terlebih 50 kali sehari itu dimaafkan.
tips 3.3 : tab hendaklah diminimizekan sizenye ekoran tidak terlalu obvious andai tiada kehebatan dalam kepantasan menukar tab ke taskbar. ini bagi mengurangkan risiko terkantoi bukak facebook terutamanya.
4.0 sepanjang berada di arena pekerjaan;
tips 4.1 : berkawan dengan sesiapa saja tidak kira pangkat darjat atau harta. cleaner, driver, despatch, brader brader technician, akak akak cafe, budak intern, uncle guard, sume pon balun. baru nampak kite berjiwe rakyat.eh?
tips 4.2 : memaniskan muke sejujur mungkin bagi memperolehi keberkatan di segenap pelusuk kawasan kerja. baru orang kate kite bukan salah seorang pelakon cun dalam cerita soffiya yang merupakan anak azhar sulaiman dalam cerita tersebut. cun betei budak sapetahnamenyetu.
tips 4.3 : jangan sesekali mengata kawan sekerja jika tak mahu diri menjadi bahan umpatan mereka semasa mereka bersama yang lain. teori what goes around comes around perlu difahami. namun tips ini kadang kadang x berkesan ini kerana fakta yang mengatakan mulut manusia x seperti mulut tempayan yang boleh ditutup itu amatlah tepat padat dan kau memang da bom. jadi pasrah sajelah. yang berdose mereka ye dok?
tips 4.4 : jangan sesekali menyamakan isu personal dengan isu kerja jika anda x cukup profesional. (macam pantun daaa) jika tidak mahu dipukul ombak, jangan lah berumah di tepi pantai. berumah lah di cameron highland bak kate kak tipah dalam madu tiga.
tips 4.5 : berkawanlah anda dengan staf IS supaya senang bile pc hang, bb rosak atau xtau istilah taskbar pade mulenye untuk menaip tips yang ke.........3.0.
tips 4.6 : saye da takde tips dah. okbai.
No comments:
Post a Comment