hari ni hari jumaat. hari jumaat yang ni gua datang awal. gua datang awal macam gua ni seorang insan yang super bz. super banyak keje dan super segale bende. tapi tujuan entri gua yang ni bukan gua nk canang sane sini gua datang kerje awal hari ni. gua nk buke pekung didade gua yang gua ni punye masalah penyakit blur untuk menghantar email. pada dasarnya penyakit blur gua ni menyular x kene mase. dimane mane pon gua blur. masalah gua yang gua nk kongsi ni ialah cara penghantaran email yang gua kadang kadang keliru samada email tersebut perlu berpaksikan formal atau sekadar berbau-bau ''chill". dua hari lepas berlaku satu insiden dimane gua terlupa bawak pas pekerja gua. hal ini menyebabkan gua mengalami kesukaran untuk keluar masuk pejabat memandangkan perlu di"tumb print" ibu jari setiap pekerja selepas "di"touch" pas tersebut. begitulah konsep keluar masuk di pejabat gua ini. hal ini mendatangkan kerumitan pada gua dimana gua tidak boleh sesuka jiwa meminjam pas pekerja orang lain untuk keluar. oleh yang demikian, setiap kali berlaku situasi yang mana gua trpaksa keluar dari pintu office, gua di"eskot" kehulu ke hilir. ade juga terase semacam ade PA sndiri. terperasan gua buat beberapa minit pertama tapi sepantas halilintar gua menyedarkan diri yang gua ini hanyalah kuli. satu lagi hal yang terpaksa gua hadapi akibat kealpaan gua lupa membawa pas pekerja ialah bila mana pas pekerja juga berfungsi sebagai "punch card". dengan kata lain, waktu masuk dan pulang kerja akan diawasi dan direkod melalui sistem "tumb print" yang gua terangkan sebentar tadi. sistem ini akan merekod waktu terawal pekerja "tumb print" sebagai waktu masuk kerja dan waktu terakhir pekerja "tumb print" sebagai waktu pulang seseorang individu itu. hal ini dengan tak semena mena menjadi faktor gangguan rekod kedatangan gua yang pada awalnya bersih namun ekoran isu lupenya gua membawa pas pekerja pada hari kejadian, sistem gagal merekod waktu gua masuk dan pulang pada hari tersebut. atas nasihat akak office, gua perlu menghantar email pada seorang pekerja yang bertanggungjawab ke atas proses rekod kehadiran pekerja. email yang gua perlu rangka ialah untuk memaklumkan pada sipolan 1 hal pas pekerja gua dan memberitahu untuk merekodkan waktu datang pulang gua seperti biasa. secara jujurnya semasa gua berkira-kira untuk menghantar email berkenaan isu ini, gua mengambil masa hampir 20 minit untuk menulis email. ayat gua semacam serba x kena. perlu menggunakan bahasa omputih ke?melayu ke?itu pon boleh jadi persoalaan. boleh bace x tahap kebengapan gua ni. pada akhirnya gua merangka ayat berbahasakan melayu. memandangkan yang gua ni emailkan ni pekerja yang bertaraf bonda bonda bagi gua. itu pon gua mengambil masa dalam 10 minit untuk menekan butang send. selamat satu hal. datang lagi hal yang lebih kurang same pada arini dimana gua terpakse mewar-warkan pada seluruh pekerja dalam department gua mengenai salah sorang kakitangan gagal untuk menghadirkan diri ke pejabat ekoran keretanya yang rosak. pada awalnya gua dengan berlagak power membalas pesanan ringkasnya menyatakan "no biggie nnti nad bitau sume". send. cilake!butang send kt blackberry lapuk gua x pulak gua amek mase lame nk tekan butang send. ok fokus. gua kene merangka ayat lagi. pada awal minit, gua berkire-kire untuk menghantar email semacam ini.:
"untuk makluman, akibat dari kerosakan kereta sipolan 2 pada awal pagi tadi, sipolan 2 gagal menghadirkan diri ke pejabat pada pagi ini. segala kesulitan amatlah dikesali."
gua fikir. x best x best..lantas gua picit picit butang delete. gua cube lagi.
"korang!sipolan 2 x dapat datang arini kete die rosak so die kene anta g workshop.."
lg x best!delete delete..gua cube lagi.
"morning everybody!!!just want to inform sipolan's car broke down, so die x datang arini cozz die kene anta kete die g workshop. workshop plak bkk lmbt so paham paham je la kan..hehe..btw happy friday! :D"
pfftt!walaupun rangka email diatas bebetol gua jiwai sebagai gua yang asli, tetap x boleh pakai..jadi gua cube lg dengan lafaz bismillah..
Car Broke Down
tutut bin putput
sent: Fri 9?30/2011 8:01AM
To:
ex Content and Regulation Department
As salam,
Sipolan 2 unable to come today due to the car broke down this morning.
thank you.
sent.nah!abes crite..tu pon susah ke..tapape betei! -_-"
gua gune ayat paling ringkas gua boleh rangke..maaf lah muet gua benten je.
No comments:
Post a Comment