Thursday, September 15, 2011

dengan harapan ade yang paham.

ok memandangkan entri gua yang bertarikh 14 september lalu mendapat impak yang pedih, sedih dan awan yang terpilu dari kenalan gua. dan secara tak langsung ia seakan meniupkan gosip gosip liar bahawa gua sedang bercinta yang mana secara x langsungnya juga akan menjejaskan reputasi susila gua, gua dengan ini memutuskan untuk membuat pengakuan. entri gua yang lepas merupakan satu entri yang mengikut ngikut jiwa saja. dusta dan palsu semata. cinta gua terhadap abam botak merupakan satu perkara yang mustahil. masakan dia untuk gua. gua ni pipit saja. haa sekarang gua gerenti yang benci gua sudah perlahan-lahan memperlahankan asahan parang mereka. yang mana sibuk berbincang untuk berkrompomi membunuh gua secara profesional pasti sesaat lepas telah membubarkan rancangan c*laka mereka. yang mana dahulunya diikhtiraf sebagai pendengki pendengki gua kini pasti sedang mengambil langkah menjadi best friend forever gua. dan yang mana tak faham entri gua yang sebelum ni pasti kini tak semena mena paham dengan entri gua yang ini dan terus setuju 13 ribu peratus.

tapi gua nk tekankan gambar yang gua sekalikan itu bukan edit, photoshop, smart shop atau apa apa shop. gambar asli! gua jumpe die time school attack kt melake ari tu. gua x tipu. haa skang lu orang faham kn kenape gua susah nk lepaskan die?kenape jiwa gua meronta2 untuk menjadi fasha sandha walaupun untuk setengah episod bersame die dalam cerite cinta alesya.

dek tindakbalas yang super negatif yang gua terime setelah gua postkan enri gua sebelum ni, dek semangat setia kawan yang jitu dan dek sifat tolak ansur gua yang power terhadap rakan rakan yang sudah mula memusuhi gua hanya kerana seorang insan yang popular dengan name abam botak, gua memutuskan untuk membuat tindakan drastik. tindakan dan keputusan gua yang ini gua harapkan musuh musuh gua bertukar fikiran lalu menjadi bff gua dan menghulurkan doa ikhlas supaya tindakan gua ini berbaloi. lu orang sume mesti nk tau ape tindakan gua kan?

setelah gua berfikir panjang, semakin lame gua menetap dikantor gua skang, semakin terdedah la gua dengan kancah school attack ni. dan x semena-mena gua secara otomatiknya mempunyai posibiliti untuk berhadapan dengan dugaan dimana gua bakal bertemu dengan para retis yang tumbuh bagaikan cendawan. dan mengikut teori gua, posibiliti gua untuk bertemu dengan kekasih hati x bersambut gua ni agak tinggi. mungkin x setinggi akak office gua yang gilakan kasut tumit tinggi, tapi posibilitinya tetap ada. dan demi sahabat sahabat gua yang berbulu sama gua, gua rasa ada eloknya gua mula meng'apply" kerja di kantor lain. ya gua sudah menghantar resume berbekalkan doa murah rezeki yang gua amalkan setiap hari kepada sahabat gua yang beria-ria mahu gua sekerja dengannya. dengan niat murni gua ini gua harapkan resume gua laku. dan harapan gua tidak ada lagi perselisihan faham antara gua dan teman teman seperjuangan merebut cinta abam botak yang kite dok rebut rebut tu. pernah jugek terlintas dalam otak gua yang makin berkarat dengan ilmu hr ni, dah kalau digandingkan bersama aktress hot sensasi dan penuh ilmu gode didadenye itu, masakan si abam botak yang kite dok tergile gile tu x cair. nk dibandingkan kite yang hanye...takde ape ape. terimelah kenyataan kawan kawan, abam botak bukan untuk kite.T.T

say babai to abam botak..

No comments: